Thursday, December 11, 2008

Seminar Hidup Baru Dalam Roh: Konsep & Pengertian

One hindrance to understanding the CCR movement will be the lack of reading materials to quench the thirst of individual that want to know even more. Most of the articles or website that refers to the CCR movement is in english and this somehow is a handicap for someone who has poor grasp of the english language, who wants to further deepen their knowledge on the movement. Not that this excuse can be used whenever we fall in the ways of God, since we have the Holy Spirit that can guide in all the things that every member of the movement do. Recognizing this as an opportunity for this blog to contribute, here's an article that I translated from one of the website that touch on 'Life in The Spirit Seminar' (I seem to have lost the original website address.. )

Seminar Hidup Baru Dalam Roh: Konsep & Pengertian
Seminar Hidup Baru dalam Roh telah menjadi suatu alat yang terbaik di abad ke-20 ini bagi membimbing umat kristian ke arah kehidupan baru dalam Roh. Marilah kita melihat beberapa perkara penting mengenai seminar ini serta menghayati prinsip-prinsip di sebalik seminar ini.

PENTAKOSTA DAN JANJI PEMBAPTISAN
“You must reform and be baptized, each one of you, in the name of Jesus Christ, that sins may be forgiven: then you will receive the gift of the Holy Spirit. It was to you and your children that the promise was made, and to all those still faroff whom the Lord our God calls” - Acts 2:38-39

Semasa Pentakosta yang pertama, Petrus pernah ditanya soalan iaitu ‘apakah yang perlu dilakukan untuk menerima Roh Kudus?’ (Kis 2:37). Jawapan Petrus ialah, ‘kita perlu bertaubat dan dibaptis (Kis 2:38). Kebanyakan orang kristian telah dibaptis, oleh itu untuk menerima Roh Kudus dalam hidup kita dengan sepenuhnya, kita perlu memperbaharui Pembaptisan kita. Dengan cara sedemikian kita akan lebih peka / memahami sedalam mana cintakasih Tuhan terhadap kita serta perkara-perkara yang telah dilakukannya untuk kita. Melalui kesedaran terhadap cintakasihNya ini, kita akan lebih peka/sensitif terhadap perlakuan dosa kitadan ini akan membawa kita ke jalan pertaubatan dan pelaksanaan Sakramen Pengampunan Dosa.
Sejak sekian lama, Tuhan telah menyeru Gereja untuk memperbaharui janji pembaptisan kita. Janji pembaptisan pertama adalah, “Adakah kamu menolak Syaitan?” Syaitan ialah suatu makhluk yang mempunyai sifat kebijaksanaan dan kemahuan (lihat Catechism of the Catholic Church, 2851). Oleh yang demikian, Syaitan mengetahui kita tidak menerimanya dan oleh sebab ini Syaitan akan membenci kita. Syaitan juag akan menyimpan dendam terhadap kita dan akan sedaya upaya membalas dendam ke atas tindakan penolakan kita terhadapnya. Walaubagaimanapun janji pembaptisan kita yang ke-4, ke-5 dan ke-6 akan membolehkan kita menolak syaitan tanpa memberi ruang kepada Syaitan untuk membalas serta melukakan kita. Kuasa Allah Bapa, Putera serta Roh Kudus akan melindungi kita dari perlakuan Syaitan.
Janji pembaptisan kita yang ke-2 ialah kita menolak semua kerja-kerja syaitan. Untuk menunaikan janji ini, kita perlu faham apakah dan berapakah banyak kerja-kerja syaitan ini. Sekiranya Syaitan hanya ada satu dua kerja dan kita tidak berminat terhadapnya adalah menjadi mudah kita menolak kerjanya itu. Akan tetapi realitinya Syaitan mempunyai ratusan, ribuan malah jutaan kerja yang sentiasa mengoda kita setiap hari dan jika kita terjebak ke dalamnya adalah agak sukar kita menolaknya.Tuhan Yesus mengelar Syaitan sebagai ‘the prince of this world’ (putera duniawi) (Yoh 14:30). Semasa Syaitan cuba mengoda Yesus, Syaitan mendakwa bahawa semua kerajaan di dunia adlah kepunyaannya dan di a boleh menyerahkan semuanya kepada Yesus (Luk 4:6). Bayangkanlah semenjak dari masa tersebut, Syaitan pastinya telah memperolehi lebih banyak perkara di dunia kita ini. Syaitan juga dikenali sebagai ‘the father of lies’ (bapa kepada segala tipu-muslihat) (Yoh 8:44). Oleh itu dia mampu membuat kerja-kerjanya kelihatan menarik pada kita serta mengabui pertimbangan kita. Pope John Paul II pernah mengelar budaya kehidupan kita sebagai ‘the culture of death’ (budaya kematian). Ini bermaksud kebanyakan kita telah menerima secara bulat-bulat kerja-kerja Syaitan, ‘the prince of death’ (putera kematian) (Ibr 2:14) samada dalam keadaan sedar atau tidak. Secara ringkasnya untuk menunaikan janji pembaptisan kita yang ke-2 ini adalah menjadi satu cabaran yang besar bagi kebanyakan kita. Kita perlu mempunyai keinginan yang besar dan utuh bagi membidas jutaan kerja-kerja Syaitan yang akan menarik hati kita melakukannya. Selain itu kita boleh memanjatkan doa memohon rahmat Tuhanuntuk memperbaharui janji pembaptisan kita ini kerana rahmat Tuhan adalah memadai (2 Kor 12:9).
Janji yang ke-3 ialah, kita menolak semua janji-janji Syaitan. Seperti kebanyakkan orang, Syaitan mempunyai lebih banyak janji manisnya berbanding kerja-kerjanya. Walaupun kepada sesiapa yang telah berjaya menolak kerja-kerjanya, seringkali mereka ini tertipu/tergoda dan mendapati kerja-kerja yang pernah ditolaknya ini menjanjikan nikmat duniawi yang tak terhingga. Sebagai contoh, banyak orang yang tidak pernah berzina telah pun melihat perbuatan orang berzina samada sengaja atau tidak melalui media seperti kaca televisyen acap kali. Mereka seterusnya mungkin mendapati kerja syaitan ini menghiburkan serta menjanjikan nikmat. Contoh ini serta banyak contoh-contoh lain menunjukkan bahawa melaksanakan janji baptis ke-3 ini adalah lebih sukar dari menunaikan janji yang ke-2 tadi. Ini lebih sukar bagi kebanyakan kita yang merupakan manusia biasa yang lemah dan mudah lupa.
Kita sebenarnya mempunyai kebijaksanaan serta kuasa untuk menolak Syaitan, semua kerja-kerjanya, serta semua janji-janji kosongnya seandainya kita percaya kepada Alah Bapa, Putera dan Roh Kudus. Adlah tidak susah untuk mempercayai Tuhan. Hampir kesemua kita telah percaya dan masih percaya ke atas kewujudan tuhan. Melalui kepercayaan kita terhadap sains, teknologi dan hubungan sebab-dan-kesan membawa kita kepada untuk percaya kepada kewujudan Tuhan. Namun begitu, untuk mempercayai bahawa Allah Bapa Pencipta telah mengambil kita selaku anak-anakNya dan Dia telah menjadi Bapa kita memerlukan satu perlakuan keimanan yang besar. Jika kita percaya Allah ialah Bapa kita, kitatidak akan kesunyian (lihat Yoh 16:23), ketakutan, atau merasa cemas (Mat 6:31-32). Inilah janji pembaptisan yang ke-4 dan tidak mungkin kita akan dapat menunaikannya tanpa membuat janji yang ke-5 dan yang ke-6 kerana Yesus adalah satu-satunya jalan kepada Bapa (Yoh 14:6) dan Roh Kudus menyeru namaNya dalam hati kita “Abba”, Father (Bapa) (Gal 4:6).
Janji pembaptisan yang ke-5 adalah kunci kepada janji yang ke-4 dan ke-6. Sebagai tambahan kepada Yesus selaku jalan kepada Allah Bapa, Dia telah membaptiskan kita dalam Roh (Mk 1:8). Hidup serta kematian Yesus merupakan satu fakta sejarah, tetapi untuk percaya Yesus telah bangkit dan adalah Tuhan yang hidup kini perlu tindakan keimanan yang hebat dan merupakan satu keputusan yang paling penting untuk diambil oleh umat Kristian. Sekali lagi, hanya melalui rahmat Tuhan, kita boleh menunaikan janji ini yang akan mengubah serta memberi kesan dalam segala aspek kehidupan kita seharian.
Dalam janji baptis yang ke-6, kita mengambil satu tindakan keimanan terhadap Roh Kudus. Ini bermakna kita menjanjikan diri kita kepada Gereja, tubuh Kristus, yang mana kita telah dibaptiskan dalam satu Roh (1 Kor 12:13). Untuk percaya kepada Roh Kudus ialah mempercayai kepada salah satu persona Tuhan yang tidak dapat dilihat yang hidup dalam diri kita. Untuk percaya kepada Tuhan yang tidak dapat dilihat yang hidup di dalam kita adalah agak tidak masuk akal bagi sesetengah kita. Tetapi secara ironiknya, apa yang tidak kelihatan seperti tidak logik ialah sebenarnya merupakan kebijaksanaan dan kuasa Tuhan (lihat 1 Kor 1:23-24). Hanya melalui kepercayaan kepada Allah Bapa, Putera dan Roh Kudus, barulah kita boleh memahami erti kata kehidupan, cintakasih, perkahwinan, kekeluargaan, kesengsaraan, kematian serta memahami diri kita.
Perbincangan di atas merupakan beberapa perkara penting mengenai janji pembaptisan kita. Bersyukurlah kepada Allah Bapa, Putera dan Roh Kudus ke atas anugerah cintakasihnya kepada kita. Dalam cintaksihnya pergilah menerima Sakramen Pengampunan dosa secepat mungkin. Bersedialah menerima Roh Kudus dengan lebih mendalam. Perbaharuilah janji pembaptisan kita seperti di berikut; Adakah kamu menolak Syaitan? Respon: Ya. Dan semua kerja-kerjanya? Respon: Ya. Serta semua janji-janji kosongnya? Respon: Ya. Adakah kamu percaya kepada Tuhan, Allah Bapa yang maha kuasa, pencipta langit dan bumi? Respon: Saya Percaya. Adakah kamu percaya kepada Yesus Kristus, puteraNya yang tunggal, Tuhan kita yang dilahir oleh Perawan Maria, telah disalib, mati dan dikuburkan, bangkit dari mati dan kini duduk di sebelah kanan Allah Bapa? Respon: Saya Percaya. Adakah kamu percaya kepada Roh Kudus, Gereja Katolik yang Kudus, persekutuan para orang kudus, pengampunan dosa, kebangkitan dari mati dan kehidupan kekal? Respon: Saya Percaya.

ROH KUDUS DAN GEREJA
“Not by might, not by power, but by My Spirit, says the Lord” - Zechariah 4:6

Tuhan menyuruh kita untuk menerima Roh Kudus (lihat Yoh 20:22) dan untuk mencapai karunia Roh Kudus dengan bersemangat (1 Kor 14:1). Maksudnya, kita perlu mencuba sedaya upaya sehabis-habisnya untuk memahami Roh Kudus serta karunia-karuniaNya, buah-buah Roh, inisiatif serta kerja-kerjaNya. Kita perlu berdoa di atas semua pemberian anugerah Roh Kudus dan menggunakan semua anugerahNya ini demi untuk pelayanan Gereja. Tidak ramai Kristian komited terhadap Roh Kudus dan mencapai bersungguh-sungguh karunia-karuniaNya.Ini disebabkan ramai Kristian meragui atau tidak faham peranan serta kepentingan Roh Kudus sebagai elemen penting di dalam kehidupan bersama Kristus. Persoalan yang mungkin timbul dalam hati kita ialah “Jika Roh Kudus begitu penting, kenapa kebanyakkan orang serta sesetengan pihak gereja kurang memberi fokus kepada Roh Kudus?” Cara pemikiran, keraguan serta rasa tidak rela ini mampu diatasi dengan keyakinan dan komitmen kita kepada kehidupan dalam Roh. Kita boleh melakukannya melalui pematuhan kepada Gereja dan Al-Kitab. Gereja kita adalah bagai “tiang penyokong kebenaran” (1 Tim 3:15), dan Pope adalah ketua gereja yang menyampaikan ajaran yang tidak mungkin melakukan kesalahan berkenaan perihal iman dan moral. Ramai dari Pope yang terdahulu telah menyeru agar para umat berdoa untuk pentakosta baru (Pope John XXII), pemfokusan berterusan ke atas Roh Kudus serta devosi penuh terhadap Roh Kudus yang lebih mendalam (Pope Paul VI dan Pope John Paul II). Pope John Paul II juga telah mengetengahkan kepentingan karunia Roh Kudus dalam beberapa buku-buku tulisannya antaranya mengatakan “It is in fact He (the Spirit) who raises up prophets in the church, instruct teachers, guides tongues, work wonders and healings, accomplishes miracles, grants the discernment of spirits, assigns governance, inspires counsels, distributes and harmonizes every other charismatic gift. In this way He completes and perfects the Lord’s Church everywhere and in all things” (dipetik dari buku Novatian in the encyclical, The Splendor of Truth, 108). Oleh yang demikian ajaran dan seruan dari autoriti gereja melalui Pope seperti ini meyakinkan kita bahawa Roh Kudus melalui pemberian karunia, buah-buah, serta rahmatnya adalah tumpuan utama gereja dan seharusnya diterima dengan sepenuh hati kita. Adalah amat jelas disini gereja menyeru kita memohon dan berdoa “Datanglah, Roh Kudus!”

SYARAT UTAMA UNTUK MENERIMA ROH KUDUS
“Let it be done to me according to Your word” - Luke 1:38

Untuk menerima Roh Kudus kita tidak semestinya Kudus. Sebaliknya kita perlu Roh Kudus untuk menjadi Kudus. Untuk menerima Roh Kudus kita tidak semestinya orang yang kuat berdoa, sebaliknya kita perlu Roh Kudus untuk membantu kita berdoa (Rm 8:26). Apakah yang perlu kita lakukan untuk menerima Roh Kudus? Pertama sekali kita perlu bertaubat 9Kis 2:38), mintalah dari Allahbapa untuk menerima Roh (Lk 11:13), dahagakanlah Dia secara rohani (Jn 7:37-38) dan akhir sekali turutilah perintah Tuhan (Kis 5:32). Secara kesimpulannya untuk menerima Roh kita perlu bersikap patuh. Kepatuhan ialah suatu bentuk kerendahan hati. Pope John Paul II pernah menegaskan bahawa Roh Kudus cuma diterima “by the humble and docile hearts of believers” (para umat yang percaya serta memiliki sifat rendah hati dan patuh)(dipetik dari buku Splendor of Truth, 108; juga Toward the Third Millenium, 18 dan buku Mission of the Redeemer,87). Gereja mengajar ‘melalui doa yang tekun mampu menyediakan seseorang untuk menerima kekuatan serta rahmat Roh Kudus dengan kepatuhan dan kesediaan untuk bertindak’ (lihat buku Catechism of the Catholic Church, 1310)
Sifat kepatuhan boleh dilihat pada Bonda Maria, yangmana beliau melalui pimpinan Roh Kudus memperlihatkan kesediaan serta harapannya (lihat buku Towards the Third Millenium, 48). Tidak seperti Zechariah, Bonda Maria terlalu patuh terhadap khabar gembira yang dibawa malikat Gabriel yang mana penerimaan beliau terhadap Roh adalah satu Conception. Apabila beliau menerima Roh Kudus, beliau menunjukkan kerendahan hati serta kepatuhannya dengan menganggap dirinya sebagai hamba Tuhan serta menerima apa jua yang terjadi ke atas dirinya menurut kehendak Tuhan (Lk1:38).
Cornelius, iaitu orang ‘Gentile’ yang pertama menerima Roh Kudus adalah amat patuh sehinggakan beliau ‘bertekuk lutut’ di hadapan Apostol Petrus dan ‘tunduk rendah’ (Kis 10:25). Dengan hanya mendengar kesaksian Petrus, Cornelius serta seluruh keluarganya telah menerima Roh Kudus (Kis 10:44). Apabila Yesus menerima Roh Kudus di Sungai Jordan, Dia selaku Tuhan pencipta dengan patuhnya menerima permandian manusia ciptaannya, Yohanes Pembaptis. Dengan kerendahan hati yang mengkagumkan, Yesus mempersembah-kan diriNya untuk dibaptis (Mat 3:13)
Oleh yang demikian untuk menerima Roh Kudus, kita perlu patuh kepada ajaran yang mungkin sukar untuk kita ikuti. Sebagai contoh, ramai umat mempunyai masalah menerima karunia roh, Karunia Lidah. Adakah kita patuh kepada ajaran Gereja serta apa yang tertera dengan jelas dalam Al-Kitab mengenai Karunia lidah? Kemungkinan ajaran gereja yang membantah keras penggunaan ubatan untuk mengawal kehamilan adalah sukar untuk diterima. Namun ada beberapa kes yang mana individu terlibat telah menerima Roh Kudus dengan serta-merta setelah bertaubat dari menggunakan ubatan mencegah kehamilan ini. Ada kemungkinan seruan Yesus agar kita memaafkan semua orang yang melukakan hati atau bersalah kepada kita serta-merta mencabar kepatuhan kita (lihat Mat 18:21). Bagaimana sekiranya Roh Kudus memerlukan kita untuk mengubah gaya hidup kita secara drastik? Mana satukah karunia Roh Kudus yang paling anda tidak mahu mendapatnya? Yang manakah ajaran Gereja dan Al-Kitab yang kelihatan seperti satu batu halangan kepada anda? Yang manakah pilihan anda diantara kepatuhan atau kedegilan untuk patuh? Bayangkan suatu empangan, menahan air sungai yang hidup (lihat Yoh 7:37) (yang mewakili Roh Kudus). Apabila kita patuh, empangan ini akan pecah dan Roh Kudus akan mengalir. Oleh itu marilah kita pergi mengaku dosa dihadapan paderi, serta bertaubat daripada kedegilan untujk patuh. Jadilah seorang yang patuh. Terimalah Roh Kudus.

HALANGAN UTAMA UNTUK MENERIMA ROH KUDUS: NAFSU MANUSIA & KETIDAKMAAFAN
“The flesh lusts against the spirit and the Spirit against the flesh; the two are directly opposed” - Galatians 5:17

Sifat nafsu manusia yang mementigkan diri adalah bertentangan dengan Roh. Oleh yang demikian, untuk menerima Roh Kudus kita harus patuh kepada seruan Tuhan iaitu “janganlah menuruti nafsu manusia” (Rm 13:14. Kuita perlu mengambil keputusan untuk berusaha mengawal nafsu. Kita perlu menyalibkan nafsu bersama dengan keinginan dan kemahuan kita (Gal 5:24). Ini bermaksud kita perlu berani untuk menilai dan merubah semula gaya hidup kita. Dengan ini kita mungkin dipimpin oleh Roh (lihat Gal 5:25) untuk bersedekah, menjalnkan kehidupan dengan biasa, berhenti autau mengurangkan masa menonton televisyen, keluar dari keterhutangan, membantu golongan miskin dan lain-lain lagi. Pada permulaannya, keperluan untuk memilih gaya hidup baru dalam doa merupakan satu tugas amat berat bagi kebanyakkan kita. Tambahan pula, kita bukan sahaja menyerahkan kenikmatan serta kesenangan hidup tetapi termasuk menahan keinginan, gangguan serta tekanan. Oleh itu, pengamalan gaya hidup dalam doa adalah satu keistimewaan yang juga merupakan suatu cabaran yang besar.
Keinginan untuk mengamalkan gaya hidup baru akan membolehkan Roh Kudus untuk lebih aktif dalam hidup kita. Ini merupakan sebahagian cara untuk menidakkan nafsu kita. Dalam kerja-kerja yang lahir dari nafsu (dinyatakan dalam Gal 5:19-21) kebanyakan darinya adalah berkaitan dengan kurangnya cintakasih dalam perhubungan peribadi. Kebencian, pergaduhan, pertengkaran, cemburu, kemarahan, permusuhan adalah sifat yang menjadi penghalang kepada penerimaan Roh Kudus (Gal 5:20-21). Adalah dipercayai punca utama kepada semua konflik peribadi ini lahir dari ketidakmaafan.. Bagi membolehkan Roh Kudus bekerja bebas di dalam hidup kita, kita mesti memaafkan semua orang yang pernah bersalah kepada kita dengan serta-merta walau bagaimana besar pun kesalahan tersebut. Ini diumpamakan mustahil kerana kita cuma insan biasa.
Kemaafan sebenar ialah untuk mengambil keputusan untuk menerima grasia Tuhan untuk melepaskan kelukaan yang dihasilkan oleh kesalahan orang lain terhadap kita. Memaafkan adalah seperti serita dalam Al-Kitab mengenai anak yang sesat yang diterima oleh bapanya yang telah menganugerahkan hadiah serta mengadakan kenduri kesyukuran di atas kepulangan anaknya (Luk 15:20). Secara zahirnya memaafkan adalah satu perlakuan ketuhanan (to forgive is divine) dan oleh sebab itu amat sukar dilakukan oelh manusia biasa, tetapi melalui Yesus kita mampu diberi mukjizat kemaafan. Dalam persediaan kita menerima Roh Kudus, pilihlah untuk menerima grasia Tuhan untuk memaafkan. Katakanlah “Dengan kuasa Yesus, saya memaafkan ....(siapa?)... di atas ....(kesalahannya?)”. Teruskanlah berkata ayat ini sehingga kita menerima grasia Tuhan serta kesedaran untuk memaafkan . Selepas itu pergilah mengaku dosa dan kemungkinan anda akan mendapat sakramen pengampunan dosa yang terhebat anda pernah rasa dan terus menerima urapan Roh Kudus dengan sepenuhnya semasa hari akhir seminar.

MENERIMA PENTAKOSTA BARU
“When Elizabeth heard Mary’s greeting, the baby leapt in her womb, Elizabeth was filled with the Holy Spirit” - Luke 1:41“ They devoted themselves to the apostles’ instructions and the communal life, to the breaking of bread and the prayers” - Acts 2:42

Seandainya kita dahagakan cintakasih Tuhan (lihat Yoh 7:37) serta bertaubat dari perbuatan yang bertentangan dengan cintakasihNya (Kis 2:38), kita akan menerima Roh Kudus dengan sepenuh kuasaNya. Sebahagian dari kita mungkin mendapat pengalaman yang dramatik, dengan penuh kuasa dan ketenangan dalam kehadiran roh. Sebahagian yang lain akan merasai sedikit sahaja dan mungkin ada yang tidak dapat merasai apa-apa. Tidak kisahlah samada anda menerima dengan banyak atau sedikit, yang paling penting ialah kita tahu kita telah menerima Roh Kudus kerana Tuhan telah menjanjikan Roh Kudus kepada sesiapa yang meminta (Lk 11:13). Kita seharusnya tidak memikirkan apakah perasaan kita tetapi fikirkanlah tentang cintakasih tuhan. Melalui iman dan bukan melalui penglihatan atau perasaan (lihat 2 kor 5:7), kita seharusnya menumpukan perhatian kita kepada Yesus serta bersyukur kepadaNya serta AllahBapa setelah kita menerima Roh Kudus melalui doa kita. Setelah menerima Roh kudus, kita mungkin sedar beberapa perubahan dalam keinginan kita. Contohnya, kita mungkin mempunyai keinginan yang kuat untuk berdoa atau kurang keinginan untuk menonton tv. Kita juga mungkin masih mahu melihat tv melebihi keinginan kita untuk berdoa tetapi kita harus bijak memilih perubahan yang kecil ini yang telah dikurniakan oleh Tuhan yang kita sedari ini. Perubahan ini akan terus-menerus dilipatgandakan sekiranya kita menuruti keinginan yang diberi Tuhan ini. Kemudiannya Roh Kudus akan membentuk kita semula dan membantu kita agar tidak menuruti keinginan yang tidak sihat (1Peter 1:14). Perubahan diri ini bukanlah titik akhir tetapi adalah permulaan kepada kerja-kerja Roh kudus. Ia akan memimpin kita kepada pembebasan belengu dosa, penglibatan dalam komuniti Gereja, serta pencurahan Pentekosta yang berterusan.
Roh Kudus merubah keinginan kita agar kita sentiasa peka/fokus kepada ajaran gereja (Kis 2:42). Ini adalah amat kritikal kerana kebanyakkan umat yang telah menerima api pencurahan Roh Kudus semasa Seminar Hidup Baru dalam Roh akan mendapati api tersebut semakin malap (1 Thes 5:19) dan terpadam sekiranya mereka gagal meneruskannya melalui aktiviti Doa Kelompok. Adalah satu fakta yang menyedihkan semakin sedikit umat yang telah mengikuti Seminar Hidup Baru dalam Roh dapat meneruskan kehidupan baru dalam Roh mereka dengan menyertai aktiviti susulan iaitu Doa Kelompok. Ini merupakan satu masalah yang serius.
Apabila Bonda Maria menerima Roh Kudus, Annunication tersebut diikuti dengan Visitation yang mana beliau mengongsikan dengan segera Roh tesebut bersama Yohanes Pembaptis serta Elizabeth (Lk 1:39). Semasa pentakosta pertama orang Kristian, seramai 120 orang pengikut Yesus telah menerima Roh Kudus pada pagi tersebut (Kis 1:15). Para pengikut ini dengan segera mengongsikan Roh tersebut dengan beberapa ribu orang iaitu seramai 3 ribu orang telah dibaptiskan pada petang harinya (Kis 2:41). Pentakosta bermula dengan menerima Roh tetapi tidak berlaku sepenuhnya selagi kita tidak mengongsikan Roh tersebut dengan orang lain. Bagi mengongsikan Roh dengan orang lain, kita perlu berdoa agar cintakasih Yesus memberikan kita motivasi (2 Kor 5:14), berdoa agar Roh Kudus memberikan kita kebijaksanaan, serta berdoa agar AllahBapa memberikan kita keberanian dan semangat berkobar-kobar. Bagi tujuan mengongsikan Roh Kudus dengan orang lain, kita seharusnya dengan jelas, ringkas serta rendah hati memberikan kesaksian mengenai apa yang diberikan oleh Tuhan kepada kita dan orang lain (Kis 1:8). Pentakosta baru kita ini nescaya akan menghasilkan Pentekosta baru kepada orang lain sekirnya kita membiarkan Roh Kudus bekerja bebas di dalam kita.

No comments: